Propellerads

Malaysia Negara Ke-5 Paling Mahal Untuk Mendapatkan Pendidikan Tinggi

Malaysia Negara Ke-5 Paling Mahal Untuk Mendapatkan Pendidikan Tinggi


Negara Malaysia telah disenaraikan sebagai negara kelima paling mahal untuk mendapatkan pendidikan universiti berdasarkan pendapatan isi rumah di dunia.

Menurut kajian Expert Market, purata ibu bapa yang bekerja di Malaysia menghabiskan 55 peratus dari gaji mereka untuk setiap orang anak bagi melengkapkan pengajian di peringkat tinggi,

Kaji selidik itu menunjukkan bahawa Malaysia mencatatkan kos yuran pengajian rendah antara negara terbabit pada kos £11,875 (RM76,925) namun pendapatan isi rumah di Malaysia juga amat rendah.

Untuk pengetahuan gaji purata rakyat Malaysia hanyalah RM 2,052 sahaja.

Kajiannya terhadap 40 buah negara dibuat berdasarkan yuran pengajian yang disenaraikan dalam Quacquerelli Symmonds Top Universities untuk tahun akademik 2014/2015 dan Pendapatan Gallup Median Self-Reported 2013.

Negara yang paling mahal untuk pendidikan universiti adalah Hungary, yang merupakan salah sebuah daripada negara dengan pendapatan isi rumah terendah.

Ibu bapa di negara Hungary perlu menggunakan sehingga 92 peratus daripada gaji hanya untuk membiayai ijazah anak mereka.

Top 5 negara paling mahal ialah:

1) Hungary 92%
2) Romania 86%
3) Estonia 76%
4) Chile 73%
5) Malaysia 55%

Ini tulis Expert Market:

"Menariknya, Britain merupakan salah sebuah daripada negara di Eropah yang mengenakan sebilangan kecil yuran pengajian. Norway, Greece, Poland dan Ireland adalah antara beberapa negara Kesatuan Eropah yang menawarkan ijazah percuma secara keseluruhan," 

"Negara ini mempunyai kira-kira 20 universiti dan yurannya adalah kompetitif berbanding dengan negara lain di dunia.

"Walau bagaimanapun, bagi dalam negara (Malaysia), gaji purata masih hanya RM2,052 sebulan," 

"Ini bermakna tanpa biasiswa atau pinjaman, ibu bapa akan kehilangan lebih dari separuh gaji mereka untuk yuran pengajian," 

 Sumber: mStar
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment