Propellerads

Ling Liong Sik Tak Akan Mohon Maaf Kepada PM Najib: Jumpa Di Mahkamah

Ling Liong Sik Tak Akan Mohon Maaf Kepada PM Najib: Jumpa Di Mahkamah




Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan memohon maaf kerana mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ini komennya:

"Saya kata kepada perdana menteri, jika kamu memilih untuk saman saya, saya akan pertahan diri saya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya terima cabaran kamu.

"Saya ingin menyaksikan perdana menteri berada di kandang saksi kerana tidak syak lagi beliau akan lakukan jika beliau berkata reputasinya tercabar.

"Saya mahu mengulangi bahawa saya pertahan apa yang katakan. Saya tidak akan mohon maaf," 

Bekas presiden MCA itu juga berkata beliau "begitu terkejut" dengan surat tuntutan itu dan disusuli dengan liputan media mengenainya.

Najib pada Isnin mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Ling jika beliau enggan menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf kepadanya dalam tempoh tujuh hari.

Dalam satu majlis pada hujung minggu, Ling berkata beliau bersetuju dengan desakan Mahathir terhadap Najib supaya meletakkan jawatan kerana didakwanya "beliau mengambil duit rakyat dan memasukkan ke dalam akaun peribadinya".
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment