Propellerads

Erma Fatima Batalkan Hasrat Minta Cerai Dari Suaminya, Bade

Erma Fatima Batalkan Hasrat Minta Cerai Dari Suaminya, Bade


Pelakon dan pengarah popular, Erma Fatima akhirnya berlembut hati dan menyatakan untuk tidak meneruskan hasrat bercerai dengan suaminya, Bade Azmi.

Beberapa bulan lalu Erma bertegas mahukan perceraian dan memilih untuk tidak lagi mahu hidup bermadu setelah suaminya berkahwin dengan Aida.

Namun dengan perkembangan terkini itu, Erma dan Bade akhirnya dilihat mahu menjaga rumah tangga mereka yang dibina sejak 27 tahun lalu.

Ini komen dari Erma Fatima:

"Saya dan dia (Bade) tak pernah bergaduh selama ini. Apa yang berbangkit hingga nak bercerai sebelum ini tiada kaitan dengan saya dan dia. Ia membabitkan hal orang lain. Malah hingga saya nak minta cerai pun, kami tak pernah bermasalah. 

"Malah saya juga nampak kesungguhan suami untuk menyelamatkan rumah tangga ini. Apa yang lebih penting sekarang ini ialah menjaga hubungan kami yang sedia terjalin. Masalah lain yang tak berkaitan dengan saya itu ditolak ketepi. Dia sendiri cakap tak perlu ada krisis antara kami kerana tak ada masalah pun. 

"Kami juga memilih untuk memberi peluang kepada diri sendiri dalam memperbaiki kehidupan rumah tangga ini. Dalam hal ini saya sendiri banyak istiqamah dan bermuhasabah diri. Anak yang kami bela pun tak mahu kami berpisah. Jadi saya tak boleh pentingkan diri dalam hal ini," katanya. Mengenai madunya, Erma Fatima yang dilihat pernah berbaik dengan Aida enggan lagi menyentuh mengenai wanita itu. 

"Dulu saya baik dan terima dia. Semua itu pengajaran. Sekarang hal dia dan Bade itu bukan urusan dan masalah saya lagi. Cukuplah apa yang pernah terjadi," 

Semoga hubungan Bade dan Erma Fatima dapat dipulihkan seperti biasa dan menjadi semakin kuat.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment