Propellerads

Malaysia Akan Gagal Capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir

Malaysia Akan Gagal Capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir




Malaysia tidak akan mencapai Wawasan 2020 kerana tadbir urus buruk yang berterusan, kata bekas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu mendakwa kegagalan Malaysia dilihat akan gagal untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 disebabkan setiap Perdana Menteri memainkan isu-isu lain dan tidak memberi perhatian kepada pertumbuhan ekonomi negara .

Ini komen Tun Mahathir:

"Negara ini telah berkembang di bawah saya, hampir sepanjang masa.

"Terdapat kemerosotan. Tetapi (kemudian) negara ini terbantut kerana pengendalian yang tidak betul, kerana tumpuan tidak begitu banyak kepada pembangunan ekonomi, tetapi survival politik," katanya.

"Setiap Perdana Menteri mahu terus bertahan, dan mereka yakin mereka akan terus hidup dengan memainkan isu-isu lain daripada menumpukan kepada pembangunan ekonomi. Oleh itu pertumbuhan menjadi perlahan.

"Dan apabila terdapat ketegangan kaum, pentadbiran yang tidak baik, rasuah, dan sebagainya, ekonomi menguncup. Oleh itu, kami tidak akan mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya.

"Kami tidak akan mencapainya sekarang. Anda boleh lihat penyusutan mata wang, pasaran saham berada dalam keadaan tidak baik, secara amnya ramai orang tidak berpuas hati," 

Tun Mahathir memperkenalkan konsep Wawasan 2020 semasa pembentangan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Ia bertujuan untuk Malaysia mampu menjadi sebuah negara perindustrian pada tahun itu.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment