Propellerads

Muhyiddin Akui PM Najib Semakin Tidak Menghormatinya

Muhyiddin Akui PM Najib Semakin Tidak Menghormatinya


Melalui satu laporan dari FreeMalaysiaToday, PM Najib dikatakan tidak lagi menghormati bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu TS Muhyiddin.

Ini berlaku sejak beliau telah digugurkan daripada Kabinet sekaligus digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Malah, Perdana Menteri juga dikatakan tidak lagi menghormati Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua yang dipilih oleh ahli parti.

Perkara itu itu diluahkan sendiri oleh Muhyiddin setelah Najib tidak lagi memberinya ruang untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO.

Ini komen Muhyiddin:

“Tugas sebagai Timbalan Presiden parti adalah untuk membantu Presiden dan mempengerusikan mesyuarat parti apabila ketiadaaan Presiden.

“Tetapi saya tidak faham apabila saya hadir mesyuarat biasa yang sepatutnya dipengerusikan oleh saya tetapi diambil alih oleh Presiden (Najib) dengan alasan mesyuarat itu dikatakan mesyuarat Khas.

“Tetapi apabila saya hadir dan saya lihat itu mesyuarat biasa… Jadi saya tidak tahu apa masalah saya…adakah saya tak ada keupayaan ke ataupun hanya kerana dia (Najib) tidak mempercayai saya lagi?,” 

Muhyiddin juga mempersoalkan tindakan Najib itu yang dianggap tidak menghormati peranannya dan keputusan ahli parti yang telah memilihnya.

“Saya berpendapat ini seolah-oleh tidak menghormati keputusan ahli-ahli parti yang telah memlih saya sebagai Timbalan Presiden,” katanya yang mendapat tepukan daripada penonton.

Sumber: FMT
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment