Propellerads

KISAH SEBENAR: Emma Maembong Dihentam Tampar Kamal Adli Di Khalayak Ramai

Emma Maembong Dihentam Tampar Kamal Adli Di Khalayak Ramai


Emma Maembong dan Kamal Adli telah menjadi tumpuan sekali lagi. Emma nampaknya mendapat kritikan hebat daripada peminat setelah video dia menampar aktor Kamal Adli tersebar.

Dikatakan ramai peminat tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan meminta pelakon berkenaan menjelaskan kedudukan sebenar.

Ini komen Emma:

"Sejak seminggu lalu memang saya menjadi sasaran peminat yang ingin mengetahui kejadian disebalik saya menampar Kamal dalam sebuah video yang tersebar.

"Tidak kurang juga yang terus menghentam saya dan pelbagai kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar," 

Dalam pada itu, menjelaskan perkara sebenar, Emma berkata, adegan dia menampar Kamal sebenarnya hanyalah gimik untuk memperkenalkan produk minuman EST Cola.

Jelas Emma, idea untuk menyebarkan sedutan iklan berkenaan sebagai gimik adalah idea daripada pihak Est Cola sendiri dan mengakui pada awalnya bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada mereka berdua.

Ini komen Emma:

"Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan.

"Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja.

"Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar," 

Kamal Adli pula berkata, dia berasa kasihan kepada Emma kerana kesan daripada penyebaran video tersebut lebih kepada wanita berkenaan kerana peminat tertanya-tanya motif video itu.

Bagaimanapun kata Kamal, Emma sejak awal sudah maklum ia berkaitan dengan kerja dan terpaksa menutup mulutnya daripada menceritakan hal sebenar kepada peminat yang bertanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages, Jenny Wong pula berkata, pemilihan Emma dan Kamal sebagai duta kempen produk berkenaan dibuat berdasarkan keserasian dan populariti mereka ketika ini.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment