Propellerads

Muhyiddin Perlu Hormat Perdana Menteri - Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Muhyiddin Perlu Hormat Perdana Menteri


Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi kenyataan bahawa bekas TPM harus menghormati Perdana Menteri.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu percaya dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana setiap pemimpin memiliki cara dan corak kepimpinan yang tersendiri.

Ini komennya: (SinarHarian)

"Kita sebagai orang di bawah, sama ada berjawatan, ahli biasa atau penyokong, kena menyesuaikan diri dengan pemimpin, kita pengikut, takkan pemimpin nak ikut pengikut.

"Sebagai ahli (Umno), kita kena ada keyakinan dan kepercayaan kepada pemimpin, kalau rasa tak boleh berbuat begitu, maka bolehlah mengundur diri supaya tidak terasa ada masalah antara kita dan pemimpin," 

"Permintaan saya, dengan rasa rendah diri kepadanya, apa saja perbezaan kita bawa ke dalam parti dan bincang, kalau dibiarkan, takkan membantu parti dan hanya menguntungkan musuh,"

Katanya, Muhyiddin juga seharusnya berbincang di peringkat parti sekiranya ada ketidakpuasan hati, dan bukan menyatakannya secara terbuka.

Ketika ditanya sama ada Umno perlu mengambil tindakan terhadap Muhyiddin, Tajuddin berkata peringatan dan nasihat adalah sebahagian tindakan yang boleh diambil bagi menunjukkan rasa hormat parti kepadanya.

-Sinar / Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment