Propellerads

Wanita Bersalin Dalam Pesawat Didenda RM120,000

Wanita Bersalin Dalam Pesawat Didenda RM120,000


Seorang wanita berwarganegara Taiwan mengejutkan industri penerbangan apabila telah bersalin di dalam pesawat ketika dalam perjalanan dari Taiwan ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Namun waniita ini bakal berdepan denda yang mahal daripada syarikat penerbangan itu.

Wanita itu sebelum ini cuba untuk melahirkan anak di AS dengan menaiki penerbangan ketika mula sakit untuk bersalin.

Akibat tindakan terdesak, wanita itu bersalin di dalam pesawat sehingga menyebabkan penerbangan terpaksa dilencongkan ke Alaska untuk membuat pendaratan cemas.

Berikutan kes itu, wanita itu akan diberikan bil bagi kos pendaratan cemas di Alaska.

Syarikat penerbangan berkenaan mahu wanita tersebut menanggung segala kos pendaratan kapal terbang itu di Alaska.

Kos itu dianggarkan berjumlah AS$33,000 dan perlu dibayar dengan kadar segera.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment