Propellerads

Pihak Berkuasa Sahkan Tiada Bangkai Kapal Terbang MH370 Di Filipina

Pihak Berkuasa Sahkan Tiada Bangkai Kapal Terbang MH370 Di Filipina


Pihak berkuasa Filipina mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di selatan negara itu seperti yang digembar gemburkan baru-baru ini.

Tan Sri Khalid Abu Bakar (Ketua polis Negara) berkata pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 ditemui di negara itu.

Ini komen Ketua Polis:

"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang,"

Beberapa hari yang lepas, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan tentang penemuan kapal terbang di Balai Polis Sandakan.

Dia mendakwa makciknya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.

Berdasarkan laporan polis itu, wanita itu telah menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia.


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment