Propellerads

Anak Harun Salim Bachik Luah Rasa Terkilan

Anak Harun Salim Bachik Luah Rasa Terkilan


Anak sulung lelaki Allahyarham Harun Salim Bachik meluahkan rasa terkilan apabila isteri kedua harun (ibu tirinya) meluah perasaan di Melodi.

Syafiq melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu keluarga balu bapanya (isteri kedua Harun) mengalami kesukaran hidup melalui Melodi sebelum ini

Ibu tirinya itu (Suriati) mengadu tiada yang datang membantu setelah pemergian Harun, tetapi hanya dibantu Afdlin Shauki.

Syafiq berkata sepatutnya sebarang masalah dalaman sepatutnya boleh diselesaikan dengan keluarga terlebih dahulu bukannya mendedahkan dengan orang luar.

Ini komen Syafiq:

"Saya pun serba salah nak komen, tetapi memanglah rasa terkilan apabila beliau berkata tiada sesiapa membantu keluarga isteri arwah ayah di sana kecuali Afdlin (Shauki),"

"Saya tertanya-tanya, mengapa jadi begitu?" 

"Insya-Allah kami akan cuba selesaikan apa saja salah faham itu nanti," 

Syafiq menambah dia akan cuba sekali lagi untuk merapatkan hubungan keluarganya dengan ibu tirinya itu selain mahu orang ramai ingat arwah ayahnya sebagai seniman yang dihormati bukannya dengan isu masalah keluarga.

Syafiq berkata demikian ketika menghadiri tayangan amal filem Polis Evo yang merupakan lakonan terakhir ayahnya.

Harun Salim Bachik berkahwin dengan Martinah Ahmad (isteri pertama) dan memperoleh empat anak, termasuk Syafiq.

Selepas bercerai, Harun kemudian berkahwin pula dengan Suriati Mohd Noor (isteri kedua) dan pasangan itu mendapat dua anak.

Syafiq juga mengaggap dua orang adik tirinya itu sebagai darah daging sendiri.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment