Propellerads

"Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu," - Mangsa Fail Saman Doktor Cuai

"Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu," - Mangsa Fail Saman Doktor Cuai


Dalam satu kes doktor cuai, mangsa baru bersalin, Norsyazwani dilapor mengalami kesakitan luar biasa selepas melahirkan anak sulung pada 29 September lalu.

Hasil pemeriksaan selepas itu mendapati segumpal kain gauze telah dijumpai tertinggal di dalam rahimnya.

Gauze biasanya digunakan untuk mengesat atau lap darah di dalam rahim jika terdapat pendarahan.

Norsyazwani mendakwa tertinggalnya gauze itu merupakan kecuaian petugas Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) ketika mencuci rahimnya.

Selain menanggung kesakitan selama tiga hari selepas melahirkan anak, aliran darah nifasnya juga tidak normal.

Keadaan menjadi bertambah teruk apabila berlaku pendarahan selepas 17 hari. Kemudian apabila diperiksa, doktor mengesahkan wujud darah beku di dalam rahimnya.

Ini komen mangsa:

"Mula-mula keluar (kain), saya memang terkejut sangat sebab kain itu besar, jadi saya rujuk kepada doktor, doktor maklumkan kain itu diletakkan untuk memberhentikan pendarahan sewaktu menjahit luka bersalin dan petugas waktu itu terlupa untuk keluarkannya.

"Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu," 

Sementara itu, suami kepada mangsa dalam kes kain tertinggal di dalam rahim baru-baru ini akan memfailkan saman di mahkamah dengan mendakwa kejadian itu mengancam nyawa isterinya.

Memang bahaya kerana boleh menyebabkan pendaraahn yang teruk dan juga sepsis atau jangkitan kuman.

Ini komen suami mangsa:

"Pada 1 Oktober itu, saya pulang ke rumah, kemudian dia (Norsyazwani) memberitahu ada benda keluar dari rahimnya.

"Selepas dikeluarkan, rasa sakit yang dialami sebelum ini, nak jalan, nak pergi tandas, nak duduk -- semua hilang," 

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail ketika dihubungi memaklumkan siasatan sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan dan penjelasan semua pihak yang terlibat.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment