Propellerads

Rokok Elektronik Boleh Sebabkan Kanser- Timbalan Menteri Kesihatan

Rokok Elektronik Boleh Sebabkan Kanser-  Timbalan Menteri Kesihatan 


Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata rokok elektronik boleh membawa kepada kanser.

Beliau berkata antara bahan pengawet itu ialah nikotin dan propylene glycol, dan apabila dipanaskan (dalam cecair) melebihi 5 volt, kombinasi bahan cecair itu akan bersifat seperti bahan pengawet.

Ini komennya:

"Ramai pengguna menghisap lebih daripada lima volt untuk mendapatkan asap yang banyak.

"Bahan pengawet itu boleh meningkatkan kemungkinan kepada kanser," 

Isu itu dibangkitkan beberapa anggota Parlimen termasuk Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang menyatakan kebimbangan penggunaan rokok elektronik yang boleh menjurus kepada peningkatan penyalahgunaan dadah.

Dalam pada itu, Dr Hilmi berpendapat cadangan penubuhan Farmasi Rakyat 1Malaysia, yang dicadangkan Irmohizam dilihat praktikal berdasarkan kesesakan dialami kebanyakan farmasi di hospital kerajaan.

Beliau berkata ia memudahkan pesakit mendapatkan bekalan perubatan tanpa perlu ke hospital, terutama bagi kawasan pedalaman."

"Cadangan pembinaan farmasi itu adalah satu idea yang bagus," katanya.

Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 antara lain bertujuan menubuhkan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia bagi mengawal selia amalan profesion kesihatan di negara ini.

Akta itu adalah terpakai bagi mengawal selia Profesion Kesihatan Bersekutu yang menyenaraikan 23 profesion antaranya ahli Audiologi, ahli Fisioterapi, ahli Pemakanan, ahli Terapi, Jururadiografi Diagnostik, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pegawai Sains Forensik dan Pegawai Sosial Perubatan.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment