Propellerads

Seminggu Dapat RM960,000

Seminggu Dapat RM960,000



Memang masyuk, dah nak sejuta !! Seminggu RM960,000. Itulah pendapatan sindiket gores dan menang di sekitar Lembah Klang yang masih terus memperdaya orang ramai.

Mangsa-mangsa terutama warga emas ditipu sindiket gores ini untuk mengaut untung mudah.

Berdasarkan laporan bersiri sejak Isnin lalu, setiap hari ada kes terbaru dilaporkan, malah ketika selesai menemubual seorang mangsa petang kelmarin, wartawan dimaklumkan seorang lagi mangsa lain, juga warga emas tampil membuat laporan diperdaya sehingga kerugian RM200,000.

Dalam keadaan menangis teresak-esak, bekas pengurus cawangan institusi kewangan itu mengaku sikap tamak menjadi punca dia diperdaya wakil jualan yang ‘memerangkapnya’ di sebuah pasar raya minggu lalu.

“Saya silap, saya tamak. Habis wang simpanan saya sejak 40 tahun lalu. Saya dimaklumkan awak (wartawan) buat cerita pasal penipuan sindiket ini. Saya nak kongsikan agar tiada lagi yang terkena macam saya,” katanya ketika membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan petang semalam.

Kes yang menimpa lelaki mahu dikenali sebagai Rahmat itu kes kelima dilaporkan kepada PPIM selepas serbuan diadakan di beberapa lokasi di Lembah Klang bermula Isnin lalu.

Berhati-hatilah ye
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment