Propellerads

"Banyak kali melakukan 'photoshop' gambar saya. Kadang-kadang kepala lain, badan lain" - PM Najib

"Banyak kali melakukan 'photoshop' gambar saya. Kadang-kadang kepala lain, badan lain" - PM Najib


PM Malaysia Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) masih bentuk kerajaan terbaik di Malaysia walaupun ada kekurangan dan ditimpa pelbagai ujian.

PM Najib juga mengingatkan rakyat bahawa tiada kebenaran yang mutlak dalam kebanjiran maklumat dalam media sosial.

Beliau berkata terdapat sesetengah pihak akan sentiasa memutarbelitkan fakta mengikut agenda mereka, dan menambah, malah beliau sendiri turut menjadi mangsa dalam media sosial.

Najib Razak berkata BN sudah merangka pelan hala tuju yang jelas bagi masa depan negara dan semua ujian dalam politik semasa boleh diselesaikan jika rakyat memberi sokongan padu kepada kepimpinan.

Sambil menarik perhatian bahawa ini bukan kali pertama negara berdepan ujian dalam politik, beliau berkata sebelum ini pun, negara berupaya pulih disebabkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan.

Ini komennya:

"Sekali-sekala, akan ada bonggol di pertengahan jalan. Begitu juga jika anda menerbangkan pesawat, akan ada poket udara.

"Insya-Allah, kita akan atasinya," 

"Misalnya, mereka banyak kali melakukan 'photoshop' gambar saya. Kadang-kadang kepala lain, badan lain. 

"Mujurlah hasil kerja mereka itu bertompok-tompok, jadi orang boleh nampak gambar itu palsu. Contohnya bila mereka letak gambar saya di sebelah seorang wanita, itu bukanlah saya," 

Sumber: Metro


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment