Propellerads

JEREBU: Senarai Sekolah Yang Ditutup Esok (19 Oktober)

JEREBU: Senarai Sekolah Yang Ditutup Esok (19 Oktober)



Sekolah tutup lagi kerana jerebu !!

Semua sekolah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Tawau, Kuching dan Samarahan akan ditutup pada Isnin susulan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan-kawasan berkenaan.

Bagaimanapun Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional di kawasan terlibat akan diteruskan.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi posting di laman Facebook pada Ahad.

Ini tulisnya:

PENUTUPAN SEKOLAH.

1.Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan di bawah OPS TOPENG.

2. Sekolah tutup di Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan pada Isnin 19hb Oktober 2015 berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

3) Kenyataan media akan menyusul SEGERA.

Sekian. Terima kasih.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment