Propellerads

Warga Malaysia Dipercayai Wanita Tertua Di Asia Meninggal Dunia

Warga Malaysia Dipercayai Wanita Tertua Di Asia Meninggal Dunia


Takziah diucapkan kepada keluarga Esah Jusoh meninggal dunia di rumahnya di Kampung Jakar, Temangan, Kelantan.

Esah dikatakan merupakan wanita tertua di Asia yang mana umurnya 115 tahun.

Esah menghembuskan nafas terakhir pada  jam 11.30 malam tadi selepas seminggu tidak sedarkan diri akibat komplikasi sakit tua.

Cucu Allahyarham, Alias Jusoh berkata, Esah tidak sedarkan diri selepas jatuh sakit seminggu lalu.

Ini komennya:

"Allahyarham tak menghidap sebarang penyakit cuma sakit tua dan minggu lalu kesihatannya merosot sehinggalah meninggal dunia malam tadi.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pangkal Chuit selepas waktu Zohor," 

Takziah diucapkan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment