Propellerads

"Ini Impian Beta" Sultan Johor Kini Berjaya Miliki Trak Idaman Antara Termahal Di Dunia

"Ini Impian Beta" Sultan Johor Kini Berjaya Miliki Trak Idaman Antara Termahal Di Dunia


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencapai impiannya umtuk memiliki trak 'Mack' yang dikatakan antara termahal di dunia.

Baginda berada di Australia di satu majlis penyerahan yang diadakan di King George Square di pusat perniagaan Brisbane.

Trak mewah ini mengambil masa selama kira-kira setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane.

Yang menariknya, trak itu memiliki beberapa keistimewaan termasuk enam kamera litar tertutup, dua set televisyen berskrin rata, ruang dapur, barbeku, katil kelamin dan kerusi bersulamkan 72,000 jahitan benang emas.

Ia juga mempunyai perhiasan hud harimau bersadur emas. Memang mewah.

Harga trak itu dirahsiakan, tetapi harganya kini dipercayai lebih mahal berbanding sebelum ini yang bernilai A$481,000 kerana ditempah khas.

Baginda gembira dengan hasil akhir trak itu.  

"Ini impian beta,"

"Beta sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun lepas.

"Beta tidak sabar untuk mempamerkan hasil buatan ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja trak mewah ini dibawa masuk," 

Sultan juga menitahkan trak mewah itu menunda bot berkuasa tinggi baginda ke seluruh negeri dengan lokasi pertama pemanduan pada acara larian amal hujung bulan ini. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment