Propellerads

Video: Wajah 3 Suspek Kes Culik Kanak-Kanak 5 Tahun

Video: Wajah 3 Suspek Kes Culik Kanak-Kanak 5 Tahun


3 orang lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang ditahan susulan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima di Sungai Chua minggu lepas didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan hari ini daripada ketiaga-tiga tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad.

Tertuduh ialah:

- Mohd Saifulamry Jarkasi, 28;
- Siow Kek Keong, 44
- Riduansyah Yahya, 32

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka telah didakwa dengan niat bersama menahan dan mengurung kanak-kanak berkenaan.

Kesalahan didakwa dilakukan untuk mendapatkan wang tebusan RM300,000.

Ia didakwa dilakukan di tepi Jalan Seroja, Taman Setia, Sungai Chua Kajang, Selangor kira-kira 9.26 pagi, 9 Oktober lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 3(1), Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Jika tidak dikenakan hukuman berkenaan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebat.

Begaimanapun majistret telah menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan semula kes itu.

Sementara itu, pemandu teksi pula telah dibebaskan dan disahkan tidak terlibat.

Kanak-kanak lelaki itu dibebaskan dan dihantar pulang kepada keluarga mangsa selepas lapan jam hilang dan rakaman CCTV susulan penculikan itu menjadi viral di media sosial.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment