Propellerads

Sinar Harian Sedia Anjur Debat Isu 1MDB Antara Arul Kanda Dan Tony Pua

Sinar Harian Sedia Anjur Debat Isu 1MDB Antara Arul kanda Dan Tony Pua


Sinar Harian membuat kenyataan telah bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada debat antara Arul Kanda dan juga Tony Pua.

Arul Kanda Kandasamy merupakan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB manakal Tony Pua pula ialah Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, akhbar ini sedia menganjurkan debat ini kerana isu 1MDB sudah menjadi isu nasional dan mendapat perhatian akar umbi.

Ini komen Datuk Abdul Jalil:

"Sebagai akhbar yang telus dan tulus, Sinar Harian mahu memberi dua tokoh ini peluang seluas-luasnya bagi bertanya dan menerangkan isu 1MDB kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Dengan penganjuran debat ini nanti akan menjawab segalanya berkenaan isu tersebut," 

Terdahulu, Tony Pua menggesa agar Arul menyahut cabaran beliau untuk mengadakan wawancara secara terbuka yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen membincangkan isu 1MDB yang masih belum diperjelaskan.

Semalam, Arul mengatakan telah sedia menerima cabaran ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu untuk muncul di rancangan temuramah kendalian Tony namun dengan syarat Tony bersedia untuk melepaskan jawatan dalam PAC.


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment