Propellerads

Fenomena Dua Matahari: Ayahanda Rani Kulup Buat Laporan Polis

Fenomena Dua Matahari: Ayahanda Rani Kulup Buat Laporan Polis


Ayahanda Rani Kulup telah membuat laporan polis apabila gambar fenomena dua matahari telah tersebar dan menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Rani Kulup yang merupakan Presiden Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung dengan penyebaran gambar fenomena terbabit.

Rani Kulup berkata khabar angin tentang fenomena kemunculan dua matahari itu telah mendapat perhatian orang ramai dan beliau mahu polis melakukan siasatan terhadap perkara tersebut.

Selain itu, Rani Kulup juga menggesa Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) menyertai proses siasatan fenomena tersebut.

Sementara itu menerusi satu laporan Sinar Harian, pihak ANGKSA ada menyatakan bahawa gambar itu hanyalah ilusi optik semata-mata.

Ini gambarnya:


Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment