Propellerads

Video Budak 9 Tahun Dilanggar Kereta Di Ipoh Jadi Viral

Video Budak 9 Tahun Dilanggar Kereta Di Ipoh Jadi Viral


Satu video sebuah kereta melanggar kanak-kanak 9 tahun di Butterworth, Ipoh telah menjadi viral baru-baru ini.

Kemalangan berlaku Ahad lalu, kira-kira pukul 3.45 petang. Seorang kanak-kanak berlari cuba melintas jalan raya namun dilanggar sebuah  kereta.

Kemalangan itu telah dirakam oleh video dashboard depan milik kereta terbabit.

Mangsa yang dilanggar bernama Nur Aidil Mohammad.  Dia hanya mengalami cedera ringan di kepala, pipi kanan dan kaki.

Ibu mangsa memberitahu anaknya keluar dari rumah untuk pergi memancing tanpa memberitahunya.

Ini komen ibu mangsa, Rusmawati:

"Saya terkejut apabila rakannya datang memberitahu saya mengenai kemalangan itu. 

 "Alhamdulillah, dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman," katanya. 

 "Dia masih bingung. Saya harap doktor akan melanjutkan cuti sakitnya sehingga dia pulih sepenuhnya," 

Syukur alhamdulillah budak tu tak cedera. Berderau juga tengok.

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment