Propellerads

'Tak boleh bang, tengah kerja'

'Tak boleh bang, tengah kerja'


Kisah viral tentang seorang posmen yang lebih mengutamakan kerjanya walaupun diajak berehat sebentar menjadi tumpuan ramai.

Posmen itu telah menolak pelawaan untuk menikmati teh panas ketika hujan lebat sedang melanda ketika itu.

Kisah itu dikongsikan di laman facebook baru-baru ini. Seorang posmen masih melakukan penghantaran walaupun hujan turun dengan lebat.

"Orang ramai di sekelilingnya duduk selesa, makan minum dan berketawa. Dia (posmen) cuma berdiri di situ di dalam hujan," tulis seorang pengguna yang berkongsi gambar posmen tersebut.

Menurut pelayar itu, dia kemudian membelikan sebungkus pai dan memberikan kepada posmen tersebut.

"Awak nak teh panas?," tanyanya kepada lelaki itu.

Namun kemudian dijawab dengan "tak boleh bang, kerja...".

Walaupun dipujuk, posmen tersebut masih enggan dan meletakkan pai tersebut di tempat simpanan barang di motosikalnya.

Perkongsian tersebut nyata mendapat respon positif netizen yang mencadangkan supaya posmen tersebut diberikan insentif.

Ini antara komen balas dari orang ramai:

"Disebabkan keramahan dan sifat baik anda, saya bertindak belikan nasi lemak atau minuman kepada pengawal di apartmen saya. Bukan kita tidak mahu jadi pemurah, tapi kita lupa," kata Pamela.

"Tak boleh, kerja bang. Inilah tandanya orang yang tidak mencuri ketika kerja.." kata Ummi pula.

"Semoga Tuhan rahmati anda berdua.." kata Rozian.

Sumber: SinarHarian
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment