Propellerads

Sekolah Diarah Ditutup 2 Hari, Murid dan Guru Tak Perlu Hadir

Sekolah Diarah Ditutup 2 Hari, Murid dan Guru Tak Perlu Hadir




Semua sekolah di seluruh negara diarah tutup selama dua hari, mulai esok. ( 5 Oktober dan 6 Oktober).

Penutupan ini kecuali di negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak yang menunjukkan paras jerebu yang masih baik.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan penutupan sekolah itu dibuat kerana keadaan jerebu semakin teruk.

Ini kenyataannya:

"Kementerian Pendidikan telah buat keputusan bahawa semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak diarah tutup mulai esok hingga Selasa.

"Bagaimanapun, keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak masih dipantau," .

Menurut Mahdzir, penutupan operasi itu tidak perlu diganti semula melibatkan semua guru, murid dan kerani sekolah.

Sementara itu, peperiksaan seperti Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),  Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 akan berjalan mengikut waktu yang sudah dijadualkan.

"Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu," katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment