Propellerads

Nelydia Senrose Akui Kini Dah Putus Dengan Qi Razali

Nelydia Senrose Akui Kini Dah Putus Dengan Qi Razali


Nampaknya pelakon jelita, Nelydia Senrose kini dah akui telah kembali menyediri dan single. Ini sekaligus mengiyakan bahawa dia dan Qi Razali dah putus.

Ini komen Nelydia:

“Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu fokus fasal cinta. Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi”

“Saya sedar sebelum ini banyak cerita yang mengatakan saya sedang dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga tetapi sebenarnya tidak ada-apa perancangan yang dilakukan. Berilah saya peluang untuk fokus kepada diri terlebih dulu”

“Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dulu. Ini bukan bermakna saya pentingkan diri sendiri tetapi saya mahu meletakkan diri saya di satu tahap yang berbeza supaya orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan diri ini,”

Apapun semoga Nelydia Senrose dan Qi Razali dapat temui kebahagiaan yang dicari
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment