Propellerads

PM Najib Nafi Adakan Perjumpaan Dengan PM Israel, Benjamin Netanyahu

PM Najib Nafi Adakan Perjumpaan Dengan PM Israel, Benjamin Netanyahu


PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Dari gambar yang tersebar, mereka dikatakan berjumpa sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.

"Bukan saya jumpa...terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," 

PM Najib berkata demikian pada akhir lawatan kerjanya ke Itali selama tiga hari bermula Jumaat yang lalu.

Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.

"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB," katanya.

Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.

Beliau berkata, orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.

"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya.

Sumber- Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment