Propellerads

Ultras Baling Suar: FAM Didenda RM180 000, Kemenangan 3-0 Buat Arab Saudi

Ultras Baling Suar: FAM Didenda RM180 000, Kemenangan 3-0 Buat Arab Saudi


FAM telah didenda 40,000 Swiss francs (kira-kira RM180,000) dan kemenangan percuma 3-0 diberikan kepada Arab Saudi untuk kes baling suar yang yang kontroversi baru-baru ini.

Selain itu pasukan Malaysia akan bermain tanpa kehadiran penyokong untuk satu perlawanan. Sementara itu,  Jawatankuasa Disiplin FIFA turut memberikan surat amaran kepada FAM berikutan kekacauan penonton yang serius.
   
Itu merupakan senarai denda buat pasukan Malaysia kerana insiden yang dibuat oleh Ultras Malaya yang ternyata tidak berpuashati dengan FAM.
  
Ini kenyataan dari FIFA:
  
"FAM didapati bertanggungjawab atas kelakuan penyokong mereka, dan dalam kes ini, ia melanggar artikel 6 perenggan 5 Peraturan Piala Dunia Rusia FIFA, artikel 56, artikel 65, 67 perenggan 1 dan artikel 67 perenggan 3 Kod Disiplin FIFA, serta artikel 4 perenggan 2, artikel 29 perenggan 1 (b) dan artikel 2 Annexe C Peraturan Keselamatan Stadium Fifa.
    
"Prosiding disiplin membabitkan beberapa insiden termasuk bom asap dan suar yang berlaku dalam Stadium Shah Alam yang menyebabkan perlawanan dihentikan pada minit ke-88," 

Menurut Fifa, keputusan itu dibuat selepas menganalisis semua keadaan, khususnya laporan pegawai perlawanan, kedudukan FAM serta rakaman video dan gambar berkaitan serta tahap keseriusan insiden berkenaan.
   
Perlawanan yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Asia 2019, berdepan dengan kekacauan penonton yang serius sehingga memaksa permainan dihentikan.
   
Berikutan keputusan itu, Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di laman sendiri pada 17 November di dalam stadium tanpa penonton.
   
Sumber:- Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment