Propellerads

Gambar Wanita Diragut Di Melaka

Gambar Wanita Diragut Di Melaka


Seorang wanita telah menjadi mangsa ragut dalam satu kejadian jenayah di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, kelmarin.

Mangsa dikatakan kerugian lebih RM1,200 selepas dia disamun dua lelaki menunggang sebuah motosikal ketika melalui lorong belakang sebuah hotel.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, mangsa berjalan seorang diri tidak menyedari dia diperhatikan dua lelaki menunggang motosikal Yamaha 125Z

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata suspek kemudian menghampiri mangsa sebelum pemboncengnya menarik beg tangan wanita itu dan memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.

Ini komen Ketua Polis:

“Kerugian yang dialami mangsa membabitkan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan barangan peribadi disimpan di dalam beg yang dilarikan kedua-dua suspek terbabit.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh atas jalan dan dia cedera ringan di tangan dan lutut.

Sementara itu gambar juga sempat dirakam.

Sumber: Metro



Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment