Propellerads

Ambil Tindakan Disiplin Terhadap Muhyiddin, Tun Mahathir

Ambil Tindakan Disiplin Terhadap Muhyiddin, Tun Mahathir


Umno Bahagian Gopeng telah menggesa tindakan disiplin turut diambil terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas pemecatan Datuk Hamidah Osman (bekas Ketua Wanita Umno Gopeng).

Ketuanya, Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, cadangan untuk mengeluarkan Muhyiddin dan Tun Mahathir daripada keahliannya telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno empat bulan lalu oleh jawatankuasa bahagian itu.

Datuk Hamzah menegaskan, ahli Umno dibenarkan membuat kritikan terhadap parti tetapi perlulah menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan ketidakpuasan hati.

Ini komen Datuk Hamzah:

"Jawatankuasa bahagian dalam mesyuarat lalu sebulat suara bersetuju tindakan harus dikenakan kepada Hamidah atas pelanggaran disiplin yang dilakukannya.

"Tetapi kita rasa perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada Muhyiddin dan Tun Mahathir  kerana mereka turut dilihat secara jelas melanggar kaedah dan peraturan parti," 

"Ramai yang kritik dan kita terima kritikan serta pandangan mereka yang berbeza daripada kepimpinan parti namun ada batasan serta peraturan yang perlu dituruti.

"Apa hak yang mereka ada mengkritik secara terbuka malah meminta Najib meletak jawatan sedangkan beliau dipilih oleh ahli-ahli Umno dan rakyat untuk memimpin negara kita. Perbuatan seperti ini tidak boleh diterima dan perlu dikenakan tindakan disiplin agar parti tidak dilihat lemah, " 

"Kami berdiri di sini bersatu hati dan akan terus bekerja keras untuk memenangi semula kerusi Parlimen dan Dun kita dalam PRU-14,"

Datuk Hamzah juga menegaskan penyingkiran Ketua Wanita Umno Gopeng iaitu Hamidah tidak akan memberi apa-apa kesan negatif di kalangan ahli-ahli bahagian.

Mengenai kekosongan jawatan sayap yang dikosongkan oleh Hamidah, Hamzah berkata, ia terpulang kepada MT Umno untuk menentukan siapa yang akan mengambil alih.

Sumber: SinarHarian

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment