Propellerads

Pelajar Ambil Keputusan Untuk Saman Sekolah

Pelajar Ambil Keputusan Untuk Saman Sekolah



Di Amerika, seorang pelajar lelaki beragama Islam sebelum ini ditahan kerana hasil rekaciptanya dianggap sebuah bom oleh sebuah sekolah. Rekaan itu sebenarnya hanyalah sebuah jam sahaja.

Pelajar berumur 14 tahun terbabit kini merancang untuk menyaman sekolah dan sebuah bandar sebanyak AS$15 juta (RM63.6 juta).

Peguam kepada Ahmed Mohamed  mengatakan remaja tersebut kini mengalami 'trauma psikologi' akibat Islamophobia mahu menyaman Sekolah Tinggi MacArthur dan bandar Irving, Texas.

Ahmed yang merupakan anak kepada pasangan imigran Sudan sebelum ini ditahan pada September selepas membawa hasil rekaciptanya, sebuah jam untuk ditunjukkan kepada gurunya.

Guru Ahmed kemudian menyangka jam tersebut merupakan sebuah bom buatan sendiri sebelum menelefon pihak polis.

Peguam Ahmed, Kelly Hollingsworth menuduh pihak sekolah, pihak polis dan kakitangan bandar Irving menafikan hak Ahmed.

Kata Kelly, peluang Ahmed dan keluarganya untuk hidup selamat kini musnah. Keluarga Ahmed menerima pelbagai surat dan emel ugutan selepas alamat rumah mereka disiarkan oleh media massa.

Ini komen peguam:

"Ahmed tidak diberikan sebarang peluang kerana bangsanya, tempat asalnya dan agamanya,"

"Bukan sahaja masa depan mereka musnah, malah mereka difitnah,"

Mereka kini tinggal di Qatar dan Ahmed pula ditawarkan biasiswa ehsan dari kerajaan.

Sumber: SinarHarian
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment