Propellerads

Punca Yus Jambu Meninggal Dunia

Punca Yus Jambu Meninggal Dunia


Yussry Bin Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu atau Pak Yus kini disahkan telah meninggal dunia sebentar tadi kira-kira jam 12.15 tengah malam di Hospital Selayang.

Puncanya dikatakan akibat serangan jantung yang dialaminya. Yus dikatakan dikejarkan ke hospital Selayang setelah mengalami sesak nafas.

Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh rakan karibnya juga salah seorang ahli kumpulan Jambu, Tauke menerusi laman Instagram miliknya dan juga menerusi Afdlin Shauki.

Ini tulis Tauke:

“Salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah,”

Ini pula tulis Afdlin:

"Innalillah wainna illaihi rojiuun. Al-fatihah. Rehat sahabat... Rehat. Semoga Allah meletakkan roh mu bersama roh-roh org beriman. Al-fatihah"

Yus berasal dari  Kangar, Perlis dan merupakan ahli kumpulan Jambu yang popular menerusi rancangan Maharaja Lawak Mega.

Yus Jambu memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum menjadi juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

Antara ayat popular Yus ialah "boleh tuju lagu", "kicap ada kicap", "Yaya Toure manchester city", "apa pun tak boleh", "kokdiang", 'Muka lejen hati cute' dan banyak lagi.

Salam takziah, dan mari sedekahkan doa kepada Yussry Bin Edoo. Al Fatihah
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment