Propellerads

Yus Jambu Selamat Dikebumikan Di Perlis

Yus Jambu Selamat Dikebumikan Di Perlis


Pelawak dari kumpulan Jambu iaitu Yus Raja Lawak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam Bintong, di Perlis.

Majlis pengebumian berlangsung dengan lancar sekitar 2.30 petang tadi. Alhamdulillah.

Jenazah Yus Jambu sebelum itu tiba di Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam Bintong dari Kuala Lumpur pada 11.45 pagi untuk di sembahyangkan.

Dianggarkan hampir 3,000 orang telah datang menziarahi. Mereka terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, artis dan juga para peminat.

Antara yang kelihatan ialah Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan, Akim AFdan ramai lagi.

Yus Jambu dilahirkan pada 15 Mac 1976 di Kangar, Perlis dan mencipta nama sebagai pelawak popular setelah menjuarai Raja Lawak musim pertama.

Mari kita doakan buat Yussry Edoo yang pergi buat selamanya dan sedekahkan Al Fatihah.


















Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment