Propellerads

"Mereka Masih Ditahan Polis, Ini Tak Masuk Akal"- Ketua Aktivitis PPIM

"Mereka Masih Ditahan Polis, Ini Tak Masuk Akal"- Ketua Aktivitis PPIM


Kehebatan PPIM membongkar kes tipu dan menyerbu Kompleks Kota Raya dipuji ramai malah mangsa yang tertipu telah mendapat kembali duit yang ditipu.

Namun 2 orang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah dipanggil pihak polis hari ini bagi untuk diambil keterangan berhubung kejadian pergaduhan di Kompleks Kota Raya, Ahad lepas.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kedua-dua mereka dipanggil untuk diambil keterangan di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 4 petang tadi.

Ini komennya: (The Rakyat Post)

“Mereka kini masih di dalam balai polis sejak dipanggil masuk kira-kira jam 4 petang tadi.

“Ini tidak masuk akal, tetapi apa-apa pun, kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan rakyat untuk menentukannya,” 

Minggu lalu, satu insiden pergaduhan tercetus di Kompleks Kota Raya selepas sekumpulan pengguna berang dan mendakwa ditipu oleh peniaga telefon bimbit di kompleks terbabit.

Susulan pergaduhan itu, seorang penjaga parkir ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap lima individu.

Dia bagaimanapun mengaku bersalah dan dihukum penjara empat hari dan denda sebanyak RM1,800.

Persoalannya siapa yang samseng sebenarnya? Penjual penipu itu atau mangsa tipu?

Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment