Propellerads

Dana 2.6 Bilion: PM Najib Disahkan Tidak Bersalah - Peguam Negara

Dana 2.6 Bilion: PM Najib Disahkan Tidak Bersalah - Peguam Negara


Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengesahkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan ekoran dana RM2.6 Bilion yang diterimanya.

Apandi juga berkata PM Najib telah mengembalikan semula sebahagian dari wang RM2.6 billion yang diterima olehnya dari keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Apandi, sejumlah wang RM2.03 billion (AS$620) telah dikembalikan semula pada Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

Ini komennya:

"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," 


Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan SPRM tentang dana Rm2.6 bilion terbabit ditutup di dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, ketiga-tiga kertas siasatan tersebut yang membabitkan satu kertas siasata dana RM2.6 billion dan dua kertas siasatan berkaitan SRC International sudah dikemukakan kembali kepada SPRM.

Ini komennya lagi:

"Berhubung kertas siasatan berkait dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion).

"Dana berkenaan, yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa batasan.

"Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan terbabit diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi,

Sumber BH/ MalaysiaKini
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment