Propellerads

Penyingkiran Mukhriz Bakal Jatuhkan BN Di Kedah - Tun Mahathir

Penyingkiran Mukhriz Bakal Jatuhkan BN Di Kedah - Tun Mahathir


Tindakan menggulingkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya akan membawa kepada kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Itulah andaian dan juga pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan ayah kepada Menteri Besar Kedah itu.

Selain itu Tun M juga berkata pihak-pihak yang mahu menyingkirkan menteri besar itu sebenarnya "tidak mempunyai reputasi yang baik".

Ini komennya:

"Saya tidak mengatakan supaya jangan tukar menteri besar, tetapi tahu apa akibatnya," 

"Mereka menyebabkan BN tewas kepada PAS (pada tahun 2008). Oleh itu, jika mereka mengambil alih, kemungkinan mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang."

"Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Tak ada apa yang kekal. Anda ada rakan dan musuh. Kadang-kadang rakan untuk berkelakuan seperti musuh dan kadang-kadang musuh akan berkelakuan seperti kawan."

Sumber: mStar
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment