Propellerads

"Itu Kurang Ajar" - Sharnaaz Ahmad Selar Fesyen Jubah Hipster

"Itu Kurang Ajar" - Sharnaaz Ahmad Selar Fesyen Jubah Hipster


Kini jenama jubah baru tumbuh bagai cendawan. Pelbagai jenis jubah yang ada dan tak kurang juga yang menampilkan gaya tersendiri.

Bagi Sharnaaz Ahmad jubah trend baru atau hipster ini kadangkala agak kurang ajar kerana agak ketat dan tak sesuai untuk baju keagamaan.

Ini komennya:

KURANG AJAR

“Ini adalah baju keagamaan jangan buat sesuka hati. Nak pakai baju ketat, pergi kelab bolehlah. Pakai baju ketat nak pergi jumpa Tuhan, engkau dah kenapa? Cara tak betul. Kita ada adab pemakaian dan adab segala adab”

“Kalau kita tak ada adab, itu dah kurang ajar. Bagi saya yang pakai jubah hipster itu kurang ajar dan penciptanya juga kurang ajar. Kalau nak ketat, buat baju kemeja ketat cantik-cantik,”

TAK AKAN PAKAI

“Jubah hipster potongan ke arah tidak selesa. Berat mata memandang. Nak buat macam mana kalau pereka kita otak singkat di zaman sekarang. Industri jubah dicemari dengan jubah hipster yang agak ketat dan merepek daripada pereka yang tak tentu”

“Saya tak akan pakai jubah yang terlampau ketat menunjukkan otot yang tak berapa nak tumbuh,”

Untuk pengetahuan, Sharnaaz juga menceburi bidang jubah ini sebagai model dan akan pastikan jubah yang dikenakan itu tidak ketat dan sesuai untuk aktiviti keagamaan.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment