Propellerads

"Undang-Undang FAM Paling Bodoh" - TMJ

"Undang-Undang FAM Paling Bodoh" - TMJ


TMJ dengan lantang mempersoalkan undang-undang dari badan induk FAM.

Ini berkaitan tuntutan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda C, Muhammad Hafiy Haikal Ismail yang memilih untuk menganggotai JDT II dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Bagi TMJ, seseorang pemain berhak memilih haluan kerjaya professionalnya sendiri selepas program Harimau Muda dibubarkan.

Pemilik pasukan JDT itu juga menyifatkan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan bekas pemain Harimau Muda untuk kembali ke negeri asal tidak relevan.

Ini kata TMJ:

"Pada saya undang-undang FAM adalah undang-undang paling bodoh sekali. Pada saya pemain Harimau Muda boleh pergi ke mana-mana pasukan yang mereka mahu, kerana kita tidak boleh memaksa pemain untuk bermain bersama pasukan yang tidak dikehendaki mereka,"

Sebelum ini, KLFA menegaskan akan menuntut Hafiy dan dua lagi bekas pemain Harimau Muda C, iaitu M. Kogileswaran dan R. Dinesh.

Sumber: Awani
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment