Propellerads

Salih Yaacob Akui Reunion Punca Cerai



Salih Yaacob yang merupakan  pelawak dan juga pelakon popular ini mengakui sudah pun bercerai dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad selepas Aidilfitri tahun lalu.

Dia juga mendedahkan bahawa media sosial seperti Facebook, khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, menyebabkan orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah.

Jelas Salih Yaccob lagi :-

Mula-mula seronok sebab dapat imbau semula kenangan zaman sekolah, lelaki dan perempuan. Akhirnya, boleh jadi suka semula dengan kawan lama kita”

'Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah. Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia”

'Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan.

Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik'.

Menurut Salih Yaccob lagi dia redha dengan penceraian ini. 'katanya kepada Utusan Malaysia.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment