Propellerads

Program erezeki tak best?



Pernah dengar program erezeki dibawah kelolaan mdec? Ramai peserta yang dah menyertainya. Ada yang berjaya dan ada yang hangat-hangat taik ayam dipertengahan jalan.

Yang berjaya, mungkin ada yang benar-benar dapat duit yang boleh jadi gaji bulanan. Ada pula yang dapat sikit-sikit, janji lepas duit kereta. Ada pula, hari masuk kursus tu la dia dapat duit, lepas kursus terus krik krik.

Ada batch peserta erezeki dapat rm40k sepanjang dia menjalani kursus erezeki ni. Memang beruntung tapi ada cara dia. Bukan pakai sondol je. Tapi selama mana peserta dapat bertahan dalam dunia freelancer ni?

Sebenarnya erezeki ni adalah kursus yang mengajar untuk menjadi freelancer atau pekerja sambilan mengunakan medium seperti website atau aplikasi untuk jual skill yang kita ada seperti skill menulis, melukis, illustrator, photoshop dan sebagainya. Asalkan ada skill, anda boleh jado freelancer.

Dan jangan keliru. Erezeki ada dua jabatan
Satu dipanggil eghi (erezeki global high income) dan lagi satu adalah microtask / pay per click yang tujukan khas untuk orang yang tak reti guna komputer atau tiada skills.

Jadi, nak tanya juga apa pendapat orang yang dah sertainya. Ok ke tak ok? Yang belum sertai tu boleh lah cari agen atau mentor2 yang selalu iklan roadshow atau workshow mereka di tv, radio, facebook atau web camni.

Apapun, moga anda dapat ilmu dan gunakan ilmu tu dengan bermanfaat

Sekian

#exteachereghi

posted from Bloggeroid

Share on Google Plus

About hasellusiby

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment