Jangan Sampai Rani Kulup Ke Amerika Cari Alvin Tan
Rani Kulup mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar untuk segera ekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan ke Malaysia.
Untuk pengetahuan Rani Kulup merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM),
Rani memberitahu dengan cara itu sahaja membolehkan polis membuat tangkapan terhadap Alvin, sekaligus membolehkan dibicarakan kerana menghina Islam.
Malah Rani Kulup juga berseloroh akan ke USA untuk mencari Alvin.
"Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat , jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan,"
"Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin,"
Sementara itu Rani Kulup juga akan membuat report polis esok kerana tindakan kurang ajar Alvin Tan yang menghina Islam baru-baru ini.
"MJMM akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi, isu Alvin menghina kalimah ALLAH, pada 8 September ini (esok) jam 11:30 pagi,"
Terdahulu Exco Pemuda Umno bersama NGO Pemikir Muda Malaysia baru-baru ini telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan meminta kerajaan mengekstradisi segera Alvin Tan ke Malaysia.
Selain itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin sebelum ini. Namun sehingga kini Alvin masih bebas di Amerika Syarikat.
Blogger Comment
Facebook Comment