Presiden FAM Akan Letak Jawatan Secara Berperingkat
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia meletak jawatan dan akan dibuat secara berperingkat.
Pengawai FAM mengesahkan laporan tersebut, namun belum mendedahkan penjelasan lebih lanjut.
Berikutan keputusan tersebut, Tengku Abdullah dan FAM dikritik teruk oleh peminat-peminat bola sepak tempatan termasuk TMJ.
Dikhabarkan baginda akan berbincang dengan pengurusan badan induk bola sepak negara itu secepat mungkin bagi membolehkan jawatan itu dipangku sementara waktu oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah.
Baginda akui amat kecewa dengan kekalahan memalukan skuad bola kepada UAE dan berkata dari awal tidak setuju dengan pemilihan Dollah Salleh sebagai jurulatih.
Ini titah baginda:
"Seperti saya nyatakan, saya punya kedudukan berdasarkan pada merit sehingga 2019, kalau kita gagal saya akan berundur secara berhormat dan saya akan buat secara berperingkat selepas berpuashati dengan segala persiapan-persiapan yang saya nyatakan tadi,"
"Dalam hal ini saya hendak menyatakan bahawa dari awal dulu pemilihan Dollah Salleh bukan kehendak saya tapi kehendak jawatankuasa teknikal, ahli dan exco. Ini bukan alasan saya.
"Harap FAM akan melantik jurulatih luar negara. Itu yang saya terkilan tapi saya tidak mahu menuduh tetapi we have to move forward now,"
sumber: mStar / Awani
Blogger Comment
Facebook Comment