Propellerads

Bermula Januari 2016: GST Tambah Nilai Akan Dipulangkan Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Bermula Januari 2016: GST Tambah Nilai Akan Dipulangkan Semula Dalam Tempoh 24 Jam


Melalui laporan dari portal SiakapKeli, bermula 1 Januari 2016 nanti, tambah nilai akan dijual pada harga normal seperti sebelum April lalu iaitu beli RM10 dapat RM10.

Apabila kita top up, kadar 6% turut akan ditolak tetapi ia akan dikembalikan semula dalam tempoh 24 jam.

Contohnya, jika pengguna membuat tambah-nilai sebanyak RM10, anda hanya akan menerima RM9.43 ketika proses tambah-nilai berkenaan, dan baki RM0.57 dalam tempoh kurang 24 jam.

Mekanisma baru ini dikatakan akan aktif selama satahun sehingga 31 Disember 2016 kelak, dan lanjutan untuk rebat prabayar ini akan diketahui bergantung kepada pengumuman pihak kerajaan pada Belanjawan 2017 kelak.

SKMM juga menyatakan bahawa rebat GST akan hanya direbatkan semula kepada pengguna prabayar sahaja kerana ini adalah salah satu usaha kerajaan dibawah Rancangan Malaysia Kesebelas dalam membantu golongan B40 yang mempunyai pendapatan purata bawah RM2,537.

Rujukan: SiakapKeli / SKMM
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment