Propellerads

Usahawan Vape Saman RM1 Juta Terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, KPDNKK Dan KPN

Usahawan Vape Saman RM1 Juta Terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, KPDNKK Dan KPN


Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) hari ini telah membuat kejutan dengan memfailkan saman terhadap 4 penama.

Ikhla menyaman Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Ketua Polis Negara (KPN).

Ini adalah untuk menuntut perisytiharan bahawa tindakan menyerbu dan merampas peranti, mod dan cecair rokok elektronik, vape milik ahli-ahli di bawah pertubuhan itu tidak sah, salah dan terbatal.

Ikhlas yang diwakili peguam Zulhasmi Zakaria memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah dan beberapa orang peniaga vape di Negeri Sembilan dan Johor Bahru turut hadir ketika writ saman difailkan.

Ikhlas selaku pihak plaintif mendakwa telah mengalami kerugian dan kesusahan kerana tidak dapat berniaga ekoran takutkan serbuan oleh pihak penguat kuasa atas dakwaan, vape adalah haram.

Pihak plaintif sehubungan itu memohon perisytiharan antaranya, pengharaman penjualan vape melalui penguatkuasaan peringkat negeri terutamanya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (defendan ketiga) adalah bertentangan dengan undang-undang.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sehubungan itu menuntut pihak defendan memulangkan kembali barang peranti, mod dan cecair perasa yang dirampas kepada ahli-ahli plaintif dalam masa tujuh hari, ganti rugi am dan ganti rugi khas.

Pihak plaintif juga menuntut ganti rugi teruk sebanyak RM1 juta.
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment