Harith Iskander Perli Ahmad Maslan
Memang lawak apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan tentang 2 kerja yang kini menjadi kebiasaan kepada rakyat demi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.
Dikatakan dia sendiri melakukan 3 kerja iaitu Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO.
Kononnya dia juga turut bersusah payah bekerja lebih selain menjelaskan bahawa orang kampung pun sudah biasa melakukan perkara yang sama.
Pelawak hebat, Harith Iskander telah membuat kenyataan memerli Ahmad Maslan di laman sosial Facebook miliknya.
Pelawak tersebut menjelaskan bahawa dia sendiri melakukan enam perkara berbeza namun ia tidak dikira sebagai enam pekerjaan.
Ini tulis Harith:
"I am a comedian, emcee, writer, actor, coach, director. That does NOT mean I have 6 jobs. It means I do 6 different things. In the context of a government servant you could say I hold 6 different posts. A job is something you do every day all day. So for a person to have TWO jobs that would mean they work minimum 2 x 8 hour shifts a day. That's 16 working hours. A day."
“Di dalam konteks pekerja kerajaan, anda boleh kata saya pegang enam pekerjaan berbeza. Kerja adalah sesuatu yang kita lakukan setiap hari, sepanjang hari. Jadi, untuk seseorang itu mempunyai dua pekerjaan, maksudnya dia perlu bekerja minimum 2 kali dalam 8 jam sehari – iaitu 16 jam waktu bekerja setiap hari,”
Rata-rata komen yang ditinggalkan di Facebook Harith menyokong apa yang dinyatakan itu.
Blogger Comment
Facebook Comment