Propellerads

'Ada hati perlu dijaga' - Adira

'Ada hati perlu dijaga' - Adira


Adira kini telah sah bernikah bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu sebagai isteri kedua.

Adira bagaimanapun telah meminta maaf kepada semua jika tindakannya merahsiakan pernikahan itu mengguris hati banyak pihak.

Penyanyi yang berasal dari Sabah ini juga meminta agar semua peminat dan pihak lain mendoakan kebahagiaannya.

Ini komennya:

"Ia sesuatu yang sangat peribadi bagi saya. Apa yang penting mereka sudah tahu saya telah pun berkahwin.

"Hal-hal lain tidak boleh dikongsikan demi menjaga hati pihak sebelah dan keluarga saya sendiri," 

"Saya sendiri masih tidak percaya saya sudah bergelar isteri. Cukuplah saya katakan saya sangat bahagia kini.

"Asalkan ada orang yang menjaga dan mengambil berat mengenai saya, itu sudah memadai.

"Cuma, untuk menjadi suami saya, dia adalah orang yang tepat kerana selain mampu menjaga saya dengan baik, dia mampu menghormati dan membahagiakan ibu saya,"

"Pandangan dan penerimaan orang berbeza-beza, bagi yang suka dan gembira dengan status saya kini, saya berterima kasih dan ucapkan Alhamdullilah, tetapi bagi yang sebaliknya, saya tidak boleh berbuat apa-apa," 

Sumber: SinarHarian
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment