Tak Sangka Tahi Lalat Rupanya Kanser
Seorang wanita berumur 25 tahun di Britain terkejut dan tidak menyangka bahawa tahi lalat yang dimilikinya sejak berusia 15 tahun adalah penyebab kanser.
Gemma Cottam dari Skelmersdale memuatnaik gambar yang menunjukkan parut kekal di mukanya bagi mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan mengenai tahi lalat.
Kata Gemma, dia menyedari mengidap kanser atau melanoma tahap dua selepas diberitahu doktor mengenai penyakitnya itu apabila dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan untuk tujuan kecantikan.
Ini komen Gemma: (Mirror UK)
"Ujian yang dilakukannya menunjukkan tahi lalat itu telah merebak ke nodus limfa dan terpaksa menjalani pembedahan besar untuk merawatnya,"
"Ia adalah mengerikan tetapi itulah yang saya terpaksa hadapi dan saya mahu meningkatkan kesedaran bahawa tahi lalat kecil boleh menjadi kanser dan orang ramai tidak seharusnya mengabaikannya,”
Gemma telahoun menjalani dua pembedahan sejak Oktober lalu dan pembedahan itu turut menyebabkan kerosakan saraf yang menyukarkan dia bergerak serta menghadapi masalah di telinga kiri, leher dan lengan kiri.
Kini dia sedang dalam proses pemulihan dan menjalani fisioterapi bagi merawatnya.
Blogger Comment
Facebook Comment