Propellerads

BR1M Mula Dapat Esok

BR1M Mula Dapat Esok


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat pertama untuk tahun ini akan mula diberikan kepada mereka yang layak pada esok bersamaan 28 Januari.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima.

Ini komennya:

"Bagi mereka yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar BR1M akan diedarkan kepada penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)," 

Husni berkata, pemberian BR1M bagi kategori isi rumah akan diagihkan dalam empat peringkat pada tahun ini iaitu pada 28 Januari (esok), 28 April, 23 Jun dan 28 September, manakala bagi kategori individu akan menerima bayaran penuh esok.

Peserta e-Kasih yang berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM1,050, isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak RM1,000 dan isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM800, manakala individu sebanyak RM400.

Beliau berkata, bagi Skim Khairat Kematian (SKK), bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada br1m@treasury.gov.my.

Sumber: BH
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment