UiTM Nafi Pelajar Berpesta Dan Di Bawah Pengaruh Bahan Terlarang
Sebelum ini telah tersebar video remaja terjebak dengan pesta dari FB fanpage Sokernet yang mendakwa kejadian berlaku di UiTM Melaka dan mereka di bawah pengaruh bahan terlarang.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah tampil menafikan pelajarnya mengambil bahan terlarang.
Pemangku Naib Cancelor UiTM, Prof Ir Dr Abdul Rahman Omar berkata, program berkenaan merupakan program tahunan anjuran pelajar dan mendapat kebenaran daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di mana program tersebut dikawal selia sepenuhnya oleh pensyarah fakulti tersebut dan polis bantuan UiTM Melaka.
Ini komennya:
"UiTM ingin menjelaskan bahawa tuduhan berkenaan adalah tidak benar dan dilakukan dengan niat jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, konteks rakaman video itu juga diselewengkan.
"Pentadbir laman sosial berkenaan juga sewenang-wenangnya mengaitkan kegembiraan yang ditunjukkan oleh para pelajar dengan sebarang aktiviti tidak bermoral tanpa menunjukkan bukti kukuh akan kewujudan alkohol, dadah atau sebarang bahan terlarang yang lain,"
Menurut beliau lagi, ini merupakan kali keenam program berkenaan dianjurkan di mana ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar mempamerkan bakat dan kreativiti mereka.
"Aktiviti lain seperti jualan hasil seni, latihan keusahawanan dan sesi perbincangan dengan ahli-ahli pakar dalam pelbagai bidang seni turut dijalankan dalam program selama tiga hari itu,"
Sejak beberapa hari lalu tersebar sebuah video yang menjadi bualan hangat di mana ianya dimuatnaik dengan meminta pihak polis menyiasat mungkin pelajar-pelajar berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau bahan alkohol.
Sumber- Siakapkeli.my
Blogger Comment
Facebook Comment