Propellerads

Mukhriz Mahathir Diarah Tinggalkan Mesyuarat Majlis Tinggi UMNO

Mukhriz Mahathir Diarah Tinggalkan Mesyuarat Majlis Tinggi UMNO


Datuk Seri Mukhriz Mahathir diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sedang berlangsung sebentar tadi.

Menteri Besar Kedah itu tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 3.05 petang untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Namun dikatakan beliau telah diarahkan untuk meninggalkan mesyuarat yang sedang berlangsung kira kira 3.50 petang.

Dari laporan mStar, ada arahan yang menyuruh "mereka yang hadir tetapi tidak dijemput" hendaklah meninggalkan mesyuarat.

Menurut beliau, arahan tersebut dikeluarkan Setiausaha Agung Parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata isu kehadiran Mukhriz pada mesyuarat itu tidak patut timbul kerana beliau sendiri telah menghubungi menteri besar Kedah itu untuk memintanya supaya tidak hadir.

Ini komen Ku Nan pula:

 "Sebenarnya tak timbul isu hadir atau tak sebab dia ahli MT 'turut hadir'. Dia bukan ahli MT (dilantik). 

 "Kalau MT putuskan tak payah datang, tak payah datanglah,"

Sumber: mStar
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment