Propellerads

Salih Yaacob Akui Bercerai

Salih Yaacob Akui Bercerai 


Salih Yaacob akhirnya memberi sedikit komen tentang masalah rumahtangga yang berlaku dengan isteri kedua bernama Raha. Pelawak ini rupanya telahpun bercerai dengan isteri keduanya itu pada Aidilfitri tahun lalu.

Salih Yaacob juga tak menafikan kemungkinan orang ketiga sebagai punca perceraian mereka berdua malah selepas habis tempoh edah, bekas isterinya itu telah bernikah dengan lelaki lain.

Ini komen Salih:

“Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.

“Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya,” 

“Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada keadaan menjadi semakin buruk.

“Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku,” 

Salih dan bekas isteri keduanya itu telah berkahwin selama 23 tahun dan mempunyai 6 orang anak.

Tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya.



Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment