Propellerads

Laporan Polis Dibuat Terhadap Tun M Sebab Sertai Bersih 4.0

Laporan Polis Dibuat Terhadap Tun M Sebab Sertai Bersih 4.0



Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini dibuat kerana tindakan mantan perdana menteri itu bersama isterinya menyertai perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka dan juga Pasar Seni.

Laporan polis itu dibuat oleh NGO, Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, di sini.

Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid yang merupakan Yang Dipertua persatuan itu, berkata, tindakan Dr Mahathir yang menyertai perhimpunan itu ibarat menggalakkan rakyat menyertainya.

Ini komen Raja Kamaruddin:

“Persoalannya, mengapa beliau perlu pergi ke perhimpunan haram berkenaan. Pada pendapat saya, tindakan itu tidak perlu malah beliau tidak patut datang langsung.

“Apabila Dr Mahathir datang, rakyat yang berhimpun secara tidak langsung mengibaratkan kehadirannya sebagai ‘kepala’,”

sumber: SinarHarian
Share on Google Plus

About Unknown

Kami tulis dan sebarkan sepantas mungkin apa sahaja informasi terkini untuk anda.
    Blogger Comment
    Facebook Comment